<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d15570648\x26blogName\x3d%5B-A+Beautiful+Mind-%5D\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dLIGHT\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://huddie.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den_US\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://huddie.blogspot.com/\x26vt\x3d-3619316331691573983', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>

[-A Beautiful Mind-]

"Mathematician is the least expensive researcher to support.All they need are a pencil, a sheet of paper and a dustbin; When they turned philosopher they don't need them anymore" I guess this phrase is the best to describe us - A MATHEMATICIAN

 

10 days before it is over

Macam-macam dah berlaku dalam tempoh beberapa bulan aku tak meng'update' blog ni, antaranya BN gagal pertahan majoriti 2/3 dalam pilihan raya Mac yang lalu, aku dah submit borang master, dah confirm tajuk research, gaduh ngan budak2 junior yang terlalu pandai dan yang paling mengharukan, aku bakal menamatkan pengajian dalam masa 15 hari dari tarikh hari ini :)

Pada pilihan raya yang lalu, aku mengundi untuk pertama kalinya. Di kertas undi tertera lambang dacing dan roket, calon bagi lambang-lambang ni sama saja (sama-sama langsat), jadi aku berteori mengundi mana-mana pun sama, jadi aku mengundi yang... owh, undi itu rahsia! Tapi kesan darinya, UMNO menjadi seperti hari ini kerna penangan golongan muda seperti aku, hebat bukan? Rasakan apabila hak kami dinafikan. Bila media menggila, pemimpin UMNO ingat kami suka tengok Buletin Utama sangatkah? Suka Berita pagi dan berita jam 8 di RTM? Bila telinga kami semakin panas, aku layari internet, buka Harakahdaily dan web-web blog.. Ternyata, arus perdana ni kaki bohong.. nak tipu orang tua cam bapak aku bleh la.. hahaha Tahun merawat kelantan konon.. hahaha 5 negeri hilang.. Wakakaka.. Kepada Pak Lah, tak yah la letak jawatan, aku suka Pak Lah terus jadi PM, sebab orang makin menyampah.. biar hilang terus UMNO lepas ni, sombong dan angkuhlah lagi!

Baru-baru ni (11 April 2008), aku submit borang permohonan pengajian master ke UPM. Tajuk kajian semua dah ditetapkan, dan aku dah sedikit sebanyak membaca mengenainya. Kajian ni berkenaan 'Metallurgy in Magnetohydrodynamics'. Ini skop bidang kajian bakal supervisor aku, Dr Mat Nor, lebih mendalam lagi kajian ni mengenai Magnetic Breaking in Magnetic field. Kalau sesiapa tahu, dalam teori melebur besi untuk dibentuk memang ada teori medan magnet supaya bahan yang diacu tu bersih dah berkualiti. Jadi kami, ahli matematik tertarik dengan gelombang magnet dalam cairan besi tu. Jadi ni salah satu bidang dalam Fluid Dynamics gak.. adeh, payah betul nak cerita. Kesimpulannya, aku tak habis kaji lagi berkenaan fenomena ni, tapi kalau nk applikasikan matematiknya, taklah serumit menceritakan teori metalurgi ni. Cuma selelesaikan persamaan vorticity dengan kaedah-kaedah berangka (finite difference) untuk mekanik bendalir seperti Lax-Wendroff, MacCormack dan lain-lain. Kemudian gunakan magnetic Reynold's number (R_m) <<1>>1 dan lihat hasilnya apabila Graf diplot oleh compiler C atau Fortran atau MATLAB.. Nak cerita, senang je.. hahaha

Dah nk abes study pun, masih ada yang sudi mencari pasal sama aku... itulah hakikatnya. Inilah ceritera budak-budak pandai, 1st class. Tapi tak reti nk hormat atau hormati orang lain apatah lagi ucapan terima kasih. Waima siapapun orang itu, kedudukannya, yang penting sesama manusia harus ada rasa hormat menghormati. Respect get Respect. Budak-budak ini sama group assignment ngan aku, junior 2 tahun, masih kanak-kanak rebina dan perempuan pula. Aku sudahlah sebatang kara di UTM ni, rasanya ingin bersahabat dengan adik-adik ni. Lalu aku berikan sumbangan yang termampu untuk mereka.. bukanlah aku suka mengungkit, cuma ingin menceriterakan jasa itu walaupun kecil tetap besar ertinya.. Sampi bila-bilapun kamu takkan bleh lupa.. Aku ikhlas untuk itu, dan aku mengharapkan kerjasama. Diulang, KERJASAMA. Sehingga aku merasakan wujud diskriminasi kalian terhadap aku, maka cukuplah berkumpulan sampai disitu. Aku mampu buat semua tugasan sendiri, aku bukan mengemis geliga akal orang lain, aku juga mampu berfikir, matang, malah lebih baik dari kanak-kanak seperti kamu. Aku akui aku tidak sebijak kamu dalam peperiksaan, dalam dalam realiti kehidupan, aku lebih mengerti erti hidup berbanding kamu. Grow uplah Children!

Masa yang berlalu pantas, melupakan aku sudah dewasa. Aku bakal merealisasi cita-cita. Bakal berkeluarga. Bakal punya hidup sendiri. Bakal bebas dari suapan dan kelambu ibu bapa. Sebesar manapun kejayaan yang bakal ku kecap, Ayah dan Ibu tempat jasa bakti ku persembah.
Insyaallah.

By A.Syakirien
On Friday, April 18, 2008
At 4/18/2008 05:50:00 PM
Comments :
 

for this post

 
Blogger theGunners Says:

tahniah di atas kegraduationan ko...smoga dpt sambung masters ko tu...pasal bdk muda xhormat org lagi tua ni biase laa...ada salah mak bapak gak kadang tu .ditmbah plak diri sndiri rs pandai...biase laa klu blom matang tu mcm2 hal laa..bajet best...mcm kte skolah dulu laa...bdk kuang ajar ngan cikgu..siap bwk bapak g serang cikgu kelas kte dlu tu...padahal anak laki dia ditegur cikgu so dat perangai lg elok...skrang bangga anak dia ke sna ke mari merentas laut...xnmpk hasil didikan cikgu tu seme...ko niat lillahitaala je laa klu nk tlg org...

 
 
Anonymous Anonymous Says:

i'm merely an arbitrary entity, which could, to a certain extent, understand your disgruntlement with the self-proclaimed geniuses a.k.a "budak 1st class" regarding their uncalled for disrespect. i hope this hadith may enlighten you.

"tiada kebimbangan bagi mereka yang
merendah diri"

so bro, serius talk.. bior je
bebudak tu. x penting die hormat
ko ke tak. kemuliaan seseorang
x bergantung pd camne org respek die. tp sejauh mane die ikut
perintah Allah swt.

 
 
Blogger jerald pince Says:

Hidup Barisan.Hidup Barisan.Hidup Barisan.

Kerna Barisan diriku belajar tinggi.

 

Leave a Reply